Salam hormat Fiza,
Saya harap anda sihat di samping keluarga
dan urusan seharian.
Saya di Penang sihat. Cuma anak lelaki saya
yang darjah 1 tu aje demam dan ponteng sekolah
hari ni.
Saya terpaksa sihatkan badan sebab hujung
minggu ni nak kena berada di KL untuk seminar
Rahsia ClickBank, dan saya pasti akan berjumpa
pembaca setia saya di sana.
Oh ya... berbalik kepada tajuk email saya
kali ni, 3..2..1 vroom bukanlah bunyi kereta
baru tapi bunyi jualan Rahsia ClickBank yang
bakal habis 300 salinan untuk fasa 2. Esok,
saya pasti kesemuanya akan habis dan saya
dan Gobala tak pasti akan meneruskan jualan.
Walaubagaimanapun, jika anda sempat, anda
mungkin masih berpeluang. Lawati website di:
http://www.RahsiaClickBank.com
Selepas pelancaran Rahsia ClickBank hampir
2 minggu lepas, saya terima banyak email dan
soalan mengenainya.
Ada juga komen positif dan negatif yang saya
terima dan saya mengambilnya dengan hati
terbuka.
Soalan yang kerap saya dengar ialah bolehkah
anda jamin kejayaan saya?
Wow! Walaupun lebih daripada sekali saya
terangkan, namun soalan ini tidak akan berhenti
begitu sahaja.
Jadi, bagi anda yang telahpun pernah mendengar
jawapan saya, saya harap anda anggap tulisan
ini sebagai pembakar semula semangat anda untuk
berjaya.
Jawapannya... setiap bisnes yang anda lakukan
mempunyai risikonya yang tersendiri. Anda
mungkin dapat lihat bagaimana budak 17 tahun
pun boleh menjana pendapatan RM10K sebulan
tetapi ini tidak bermakna anda yang berumur
30 tahun dapat menjana lebih daripada itu.
Anda mungkin boleh lihat bagaimana seseorang
menggunakan Google Adwords untuk menghasilkan
jualan puluhan ribu sebulan tetapi ianya tidak
bermakna anda juga boleh melakukannya.
Contoh yang jelas ialah saya boleh menghasilkan
jualan affiliate dengan mudah kerana saya
sudah mempunyai mailing list tetapi saya akan
gagal (buat seketika) jika saya mula menapak
di bidang lelongan online eBay.
Di sini, saya akan jadi seumpama newbie di
dalam lelongan eBay... tapi tak mustahil
jika saya teruskan penyelidikan dan cubaan
demi cubaan, saya juga akan berjaya nanti.
Kuncinya ialah dengan mendapatkan ilmu yang
cukup (tak semestinya lengkap), dan berusaha
secara berterusan.
Hasil yang akan anda perolehi mungkin tidak
akan datang secepat hasil yang diperolehi
oleh orang lain... tetapi dengan usaha dan
ilmu, anda bakal menempah kejayaan.
Ya, mungkin sesetengah orang fikir bahawa
kata-kata peransang sebegini sudahpun selalu
didengar, tetapi jika anda selalu membaca
autobiografi mereka yang berjaya, anda akan
pelajari pelbagai kegagalan sebelum mereka
berjaya.
Akhir sekali, apabila anda melihat seseorang
telah berjaya di dalam bidangnya, jika anda
selidik dengan mendalam, anda pasti akan
tahu betapa kejayaan tersebut sangat manis
buat beliau disebabkan beliau pernah gagal
sebelum beliau berjaya.
Teruskan dengan cita-cita anda!
ikhlas,
Zamri Nanyan
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment