NUF

Friday, October 2, 2009

Keputusan Pilihanraya DUN Bagan Pinang

Keputusan Pilihanraya DUN Bagan Pinang

DUN Bagan Pinang: Proses penamaan calon bermula


PORT DICKSON: Proses pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bermula pada jam 9 pagi di sini hari ini.

Proses selama sejam sehingga jam 10 pagi itu berlangsung di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Ia disusuli dengan tempoh bantahan selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin, membuat pengumuman muktamad mengenai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil yang dijadualkan pada 11 Oktober ini.



Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 59, sebagai calonnya bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang itu yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum 2008.

Pas pula menamakan Pesuruhjaya parti itu bagi Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, 45, sebagai calonnya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor, yang mewakili BN, meninggal dunia pada 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Azman berjaya menewaskan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sejumlah 13,664 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Kawasan DUN Bagan Pinang mempunyai lapan daerah mengundi iaitu Pekan Siliau, Teluk Kemang, Ladang Atherton, Ladang Bradwall, Kampung Bagan Pinang, Taman Eastern, Sua Betong dan SiRusa. - Bernama

No comments:

Post a Comment