NUF

Friday, April 10, 2009

Mohon pendapat anda tentang affiliate...

Saya ingin meminta pandangan anda tentang program affiliate
yang ingin saya buka.

Saya sedang merancang untuk membuka program affiliate bagi
kesemua produk yang saya miliki serta produk yang akan dipasarkan.

Jadi pandangan yang saya perlukan adalah adakah anda mahu
program affiliate ini dibina 2-tier atau anda mahukan 1-tier
sahaja?

Maksudnya adalah:

1. 2-tier bererti 2 level komisyen.
2. 1-tier bererti 1 level komisyen.

Perbezaannya adalah:


*******************************
Penerangan 2-Tier Affiliate
*******************************

1. Jika saya mengamalkan konsep 2-tier komisyen, maka komisyen
yang akan anda terima adalah untuk 2 tahap. Maksudnya adalah
jika anda promosikan laman web jualan saya dan kemudian pelawat
yang melihat web tersebut kemudiannya turut mendaftar sebagai
agen affiliate saya menerusi link affiliate anda, maka mereka
akan jadi anak buah anda.

Seterusnya, jika mereka melakukan promosi dan mendapat jualan,
anda akan turut menerima komisyen hasil jualan mereka. Boleh
dikatakan, anda boleh mendapat manfaat hasil kerja mereka juga.

Kekurangan jika saya mengamalkan konsep ini adalah komisyen
yang akan anda terima adalah kecil.

Sebagai contoh untuk tier pertama, anda mungkin akan menerima
komisyen sebanyak 40% dari harga jualan produk dan 10% untuk
tier kedua sahaja.

Contohnya harga produk adalah RM100, maka jika anda berhasil
menjual produk tersebut menerusi link affiliate anda sendiri,
maka anda akan menerima komisyen RM40.00.

Seterusnya jika anak buah anda melakukan promosi dan berjaya
menjual produk ini, maka anda menerima komisyen RM10.00 setiap
jualan.

Untuk konsep ini juga, saya hanya mungkin buka kepada pengguna
yang menjadi pembeli produk sahaja. Ini bererti, jika anda
menjadi agen affiliate biasa (tanpa membeli mana - mana produk
saya) maka anda tidak akan menerima kelebihan ini.

Sebaliknya, jika anda pernah membeli mana - mana produk keluaran
saya, maka anda layak untuk mendapat kelebihan ini.


*******************************
Penerangan 1-Tier Affiliate
*******************************

2. Jika saya mengamalkan konsep 1-tier, maka anda hanya menerima
komisyen berdasarkan usaha anda sahaja. Anda promosi, berjaya
lakukan jualan dan kemudian anda layak terima komisyen.

Jika pengguna mendaftar sebagai agen affiliate menerusi link
anda, mereka tidak akan menjadi anak buah anda.

Kelebihannya adalah, anda akan menerima komisyen yang lebih
tinggi berbanding penggunaan konsep 2-tier.



Jadi, apa yang perlu anda lakukan, nyatakan pandangan anda.

Nota:

Program affiliate ini adalah PERCUMA untuk disertai. Ini BUKAN
MLM atau apa - apa program SKIM BERLEVEL. Konsepnya adalah,
anda lakukan promosi, produk terjual dan anda terima komisyen.

Ia sama sekali tidak melibatkan "proses taja menaja" yang
mana anda menerima komisyen berdasarkan "pendaftaran pengguna".

Anda hanya menerima komisyen berdasarkan produk yang terjual
sahaja. Harap maklum.



*******************************
OPT-IN Form BerAffiliate
*******************************

Saya turut mengamalkan konsep OPT-IN form yang akan merekod
ID affiliate anda.

Jika anda perhatikan, pada laman web :

www.panduanminisite.com
www.sistemaffiliate.com

Terdapat ruangan borang akses percuma (OPT-IN) yang saya
letakkan. Sekiranya prospek mendaftar masuk ke dalam ruangan
tersebut, maka ID Affiliate anda akan turut direkod.

Kelebihannya adalah, jika saya email prospek sewaktu proses
follow up, maka saya akan turut meletakkan link affiliate anda.

Contoh: www.panduanminisite.com/?aff_id=38456

di mana aff_id=38456 adalah ID affiliate.

Pendek kata, saya turut membantu potensi anda untuk menerima
komisyen.


Sebagai penutup, saya amat berbesar hati jika anda dapat menyatakan
pandangan / keinginan anda.

Hanya perlu nyatakan:

Saya Berminat Dengan 2-Tier

atau

Saya Berminat Dengan 1-Tier

pada tajuk reply email anda.


Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.PeluangInternet.com

p.s - Tujuan saya membuka program affiliate ini adalah untuk
memberi anda peluang buat duit mudah di pasaran tempatan. :)

p.p.s - Saya akan tambah pelbagai jenis produk untuk anda
promosikan dengan 1 ID affiliate sahaja. Tak perlu mendaftar
banyak ID.

No comments:

Post a Comment