Semalam saya ditunjukkan dengan satu email "simpati" oleh
rakan perniagaan saya. Email yang mengharapkan bantuan 100%
dalam perniagaan internet ini membuktikan si pengirim memang
tidak sesuai dalam perniagaan internet.
Ramai yang takut untuk rugi sehinggakan mereka tidak pernah
mencuba segala apa yang telah dikongsikan secara percuma
sama ada oleh saya ataupun rakan niaga yang lain. Ada juga
yang mempunyai sikap negatif terhadap setiap peluang di hadapan
mata mereka dan sikap ini sebenarnya MERUGIKAN mereka.
Jadi bagaimana untuk mengelakkan kerugian dalam perniagaan
anda?
1. Anda boleh memilih untuk tidak rugi dengan tidak melengahkan
tindakan terhadap setiap peluang.
2. Biasakan diri anda untuk mencuba setiap peluang perniagaan
dengan memastikan kajian sepenuhnya sudah dilakukan.
3. Berhenti dari berkata "Saya tidak berminat", dan cuba nilai
kembali setiap tawaran yang anda perolehi.
4. Anda akan rugi besar jika anda tidak menilai 3 perkara di
atas sebaiknya.
Baiklah, bagi mereka yang telah mendaftarkan diri ke Bengkel
Wordpress bertemu nanti pada hari Sabtu ini. Pendaftaran akan
ditutup pada hari esok dan bagi mereka yang berminat untuk
menyertai bengkel ini bolehlah dapatkan maklumat lanjut disini:
www.bengkelwordpress.com
Kupon supersave250 masih boleh digunakan dan anda hanya perlu
membayar RM250 sahaja.
Sebelum saya keluar untuk mengambil anak saudara pulang dari
sekolah tadika, disini saya ingin kongsikan ebook yang mampu
memberikan anda gambaran betapa "stress" nak buat duit dalam
tempoh sebulan.
http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=QWeF&mc=3&s=iT9nd&y=f&
Anda memiliki lesen MRR untuk produk ini. So boleh berikan
kepada subscriber atau sebagai bonus produk anda. Boleh dijual
juga kalau anda mahu. Ini produk terbaru tau!!
Ikhlas,
Catzer
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment