Sabtu lepas, saya dan Gobala berjaya menganjurkan
Seminar Rahsia ClickBank kami.
Penatnya terasa sehingga hari esoknya.
Walaubagaimanapun, saya dan Gobala berasa puas
kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu
bersama peserta.
Banyak ilmu yang kami kongsikan dan sudah tentu
ada rahsia yang kami tidak pernah ceritakan di
blog atau laman web lain yang kami kongsikan
bersama peserta yang hadir pada hari tersebut.
Rakaman video seminar tersebut juga dibuat dan
bergantung kepada kualitinya nanti, kami mungkin
akan menjualnya (kalau kurang kualiti, terpaksalah
kami simpan sebagai koleksi peribadi) :-)
Berbalik kepada topik seminar perniagaan, memang
ada banyak faedahnya sekiranya anda menghadiri
seminar - jauh berbeza dengan belajar secara
sendiri melalui pembacaan di rumah.
Sekiranya anda ingin tahu faedah-faedah hebat
kenapa seminar mempunyai kekuatannya sendiri,
anda boleh baca satu artikel yang saya tulis di
http://rahsia.bisnesdigital.com/seminar
Pastinya ia akan membuka mata anda kenapa ada
ramai yang sanggup membelanjakan beratus-ratus
ringgit untuk menghadiri sesuatu seminar.
Bersempena tajuk seminar ini juga, saya ingin
mengumumkan bahawa rakan saya, Mohd Suhaimy
atau lebih dikenali sebagai Shuth akan menganjurkan
seminar pertama beliau mengenai bagaimana anda
boleh menjana pendapatan sehingga 5 angka dengan
mengjual ebook.
Saya mengenali Shuth sejak kami sama-sama terlibat
di dalam rakaman televisyen untuk mempromosikan
buku masing-masing tidak lama dahulu. Jika anda
belum mengenali beliau, inilah peluang terbaik
untuk anda menemui Shuth - seorang yang 'humble'
dan tidak lokek ilmu.
Untuk pesanan dan maklumat lanjut mengenai seminar
eBook, gunakan link di bawah:
http://www.seminarebook.com/index.php?ref=specialoffer
Kenapa anda perlu pergi seminar ini?
Cuma tanyakan diri anda sekiranya anda sudah
menjana 5 angka daripada penjualan ebook - atau
pernahkah anda menjual ebook. Kemudian, baca
semula artikel yang saya tulis mengenai kelebihan
menghadiri seminar di link di atas.
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. demam RCB masih belum kebah lagi... :-) mungkin
saya kena delay sikit projek saya seterusnya
untuk terus berikan bantuan/support kepada pembeli
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment