NUF

Sunday, March 29, 2009

'rasuah' yang dibenarkan dalam bisnes internet

Jangan salah erti dengan perkataan
rasuah yang saya berikan di dalam
tajuk email kali ini.

Rasuah yang saya maksudkan di sini
ialah pemberian produk percuma untuk
membina mailing list, meningkatkan
jualan dan juga menstabilkan jualan
produk anda.

1. 'rasuah' produk percuma sebelum
pelancaran (pra-pelancaran)

Bergantung kepada bila anda membaca
email ini, jika anda lawati laman
web di bawah, anda akan diberikan
satu ebook percuma dan peluang untuk
mendapatkan produk yang bakal dijual
juga secara PERCUMA.

Sila lihat laman web di bawah.

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=Iqto&mc=3&s=ZeLit&y=j&

Inilah salah satu taktik untuk
membina mailing list yang berpotensi
untuk menjadikan prospek sebagai
pelanggan apabila produk yang bakal
dijual dilancarkan nanti.

Jika anda belum mendapatkan hadiah
yang dimaksudkan di dalam laman web
di atas, lakukan sekarang dengan
memberikan nama dan email anda.

Manalah tahu jika anda juga berpeluang
untuk mendapat produk percuma bernilai
ribuan dolar.

2. 'rasuah' produk percuma semasa
pelancaran

Taktik ini dilakukan oleh mereka yang
menjual produk sendiri atau affiliate.

Semasa pelancaran produk dilakukan,
ramai affiliate akan menawarkan
hadiah-hadiah bonus bagi menarik
minat pembeli.

Ini kerana mungkin semasa pelancaran
sesebuah produk, peraduan jualan
terbanyak juga diadakan dan bagi
meningkatkan jualan dan memenangi
hadiah peraduan yang ditawarkan,
maka pelbagai insentif diberikan
kepada pembeli.

Pencipta produk itu sendiri juga
mungkin menawarkan hadiah terhad
mereka sendiri untuk memeriahkan
lagi sesi pelancaran produk.

Disamping dapat meningkatkan jualan,
pemberian hadiah percuma ini juga
mampu meningkatkan populariti
produk.

Salah satu contoh pemberian hadiah
untuk pelancaran sesebuah produk
dapat dilihat pada blog Bisnes Digital di:

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=Iqtw&mc=3&s=ZeLit&y=b&

3. 'rasuah' produk percuma selepas
pelancaran

Akhirnya, selepas tamat tempoh
pelancaran sesebuah produk, hadiah
pembelian masih diteruskan untuk
meneruskan momentum jualan.

Sebagai contoh, anda boleh lihat
hadiah bonus yang saya tawarkan
di laman web Rahsia MLM di

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=IqtC&mc=3&s=ZeLit&y=1&

Hadiah bonus sebagai insentif pembelian
ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini
diteruskan walaupun pelancaran produk
ini sudah tamat.

Ada sesetengah pembeli tertarik dengan
hadiah bonus yang ditawarkan dan
mungkin ebook utama yang dijual
tidaklah sangat mengujakan mereka.

Walaubagaimanapun, jualan tetap
terhasil disebabkan hadiah bonus
yang ditawarkan.

Sebagai kesimpulan, anda boleh lihat
di sini bahawa 'rasuah' pembelian
produk masih menjadi pilihan penjual
di internet.

Ini kerana taktik sebegini sudah
terbukti berkesan.

No comments:

Post a Comment