Semalam saya dah janji untuk
adakan soaljawab yang saya akan
emailkan setiap hari Sabtu.
Saya dah baca email dari subscriber
saya dan saya dah pilih soalan
yang banyak ditanya kepada saya.
(Soalan dari Halim)
S. Saya nak minta cadangan, perniagaan
internet yang macam mana eh yang
sesuai untuk saya mula?
J: Ini kerap berlaku dan ini juga
soalan saya masa saya mula-mula
masuk dalam bidang ni.
Perniagaan internet ni ada banyak
cabangnya. Ebay, Adsense, Affiliate,
Blogging, dan Jual Produk.
Tak mungkin anda nak buat kesemuanya
memandangkan anda bukanlah robot.
Saya pernah mencuba kesemuanya
dan saya rasa, Jual Produk
adalah yang paling mudah untuk
bermula. Sebabnya, ia adalah
jalan paling pantas untuk bina
kredibiliti.
Produk juga ada 2. Produk Fizikal
dan produk digital. Kalau anda
jual Produk fizikal sekalipun,
saya sarankan anda buat panduan
mengenai produk anda dan beri
percuma.
Sebagai contoh, jika anda menjual
ubat-ubatan, anda perlu tahu bahawa
anda bersaing dengan kedai diluar
dan juga laman web lain.
Apa yang anda perlu buat, adalah
dapatkan produk yang mempunyai
permintaan ramai, dan buat report
ringkas berkenaan produk tersebut.
Berikan report tersebut sebagai
free download supaya orang akan
'sedar' bahawa produk anda lebih
hebat berbanding diluar.
Kalau nak buat produk digital,
kena buat research, JV, dan launching.
Ini ada saya guide step by step
dalam Personal Coaching saya.
Jadi, kalau nak bermula, saya
sarankan jual produk dulu..
(Soalan dari wan shah)
S; bagaimana caranya untuk membina list kita sendiri?
J: Anda perlu mempunyai autoresponder
yang berharga $20 setiap bulan. Dengan
servis ini, anda boleh mengumpul email,
menghantar email, followup email,
dan banyak lagi.
Saya sendiri gunakan sistem Aweber.
Bila anda dah ada autoresponder, anda
bina Squeeze Page dan promosikan Squeeze
Page anda. Ada 1001 cara promosi Squeeze Page.
Jadi, untuk langkah awal, dapatkan
autoresponder anda dan bina list anda
dengan berikan ebook free sebagai
pertukaran dengan nama dan email.
(Soalan dari Jay Young)
S; Bagaimana kita hendak memulakan
perniagaan melalui internet macam yang
saudara buat sekarang ni kalau masalah
saya sekarang adalah masalah kewangan?
J: Ok, saya faham. Nak buat, kena ada
ilmu. Nak dapat ilmu, kena beli ebook.
Tapi, modal start-up pun takda.
Inilah masalah kebanyakan orang.
Sebab itulah saya lihat ramai yang
buat dan join program mengarut.
Ok, ini tips dari saya. Anda ada 2 pilihan.
Samada nak jual produk yang anda dapat
free, ataupun nak jadi affiliate.
Kalau anda nak jual produk free,
anda search di Google ataupun lihat
balik hard disk anda mana tau ada
yang berikan lesen untuk anda jual
semula. Biasanya ia adalah produk
PLR atau MRR.
Apa yang anda perlu buat jika anda
tak reti buat website, anda masuk
forum seperti forum Wangcyber dan
juga Jombincang, iklankan produk tersebut
disitu.
Jangan letak harga yang tinggi.
Pastikan harga anda bawah RM 10.
Teruskan promosi menggunakan forum.
Ok, lagi satu pilihan, jadi affiliate.
Semak di laman-laman web yang beri anda
peluang untuk jadi affiliate, anda
letak link affiliate anda di forum-
forum. Jangan terlalu fokus kepada
satu forum saja.
Ingat, ada banyak forum di Malaysia
dan antarabangsa. Boleh kata beribu.
Aktifkan diri anda dan promosi
melalui signature anda.
Pasti akan dapat hasilkan jualan
walaupun sedikit. Keuntungan yang
anda perolehi tu gunakanlah untuk
membeli ebook, domain, dan tools
yang anda perlukan untuk bisnes.
Dan, inilah rahsianya perniagaan
saya terus berkembang..:)
Cukup 3 soalan ini dulu,
kita jumpa dengan soaljawab pada
minggu depan ya!
Kalau anda berminat nak menyertai
Personal Coaching saya, ada
3 tempat saja lagi untuk Ahad ini.
Lokasi di Serdang, dan bayaran RM 388.
Maklumat lanjut boleh reply email ini
dan hubungi saya secepat mungkin.
Jumpa lagi,
-AmmarZahar
P.S jika anda nak lihat komisyen yang
saya dapat (RM 6715.80), saya
akan tunjukkan dalam blog saya nanti.
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment