NUF

Sunday, March 29, 2009

nak Jual apa di Kedai Online?

Selepas mula mempromosikan produk
Niaga Kit, terdapat beberapa
pembaca bertanyakan kepada saya
soalan berikut.

"Saya tak ada produk fizikal nak
dijual. Boleh saudara cadangkan
produk yang senang untuk saya
dapatkan untuk dijual di internet?"

Daripada soalan-soalan yang saya
dapat sebegini, saya jangkakan
bahawa para pembaca berminat dengan
produk Niaga Kit yang ditawarkan.

Cuma masalah mencari produk untuk
dijual sahaja menjadi halangan.

Untuk tidak menghampakan anda
dan juga pembaca yang bertanyakan
soalan ini, saya berikan beberapa
idea untuk anda bermula.

1. Sertai syarikat MLM yang
menjual produk fizikal. Disebabkan
anda agen syarikat tersebut, anda
boleh menjual produk mereka pada
harga runcit dan dapatkan keuntungan
20%-50% bagi setiap produk. Pastikan
anda semak dahulu peraturan untuk
anda menjual produk MLM anda.

2. Tukarkan produk digital kepada
produk fizikal. Sebagai contoh,
jika anda mempunyai ebook sendiri,
jadikan ebook tersebut dalam bentuk
CD yang boleh dihantar kepada pembeli.
Anda juga boleh gunakan produk yang
mempunyai lesen jual semula (seperti
ebook Rahsia Bisnes Digital) untuk
tujuan ini.

3. Cari rakan niaga produk fizikal
yang bersesuaian dengan bisnes
anda. Lelong.com.my dan Ebay.com.my
merupakan di antara laman web yang
anda boleh mulakan untuk mencari
rakan niaga yang boleh menyediakan
produk untuk anda jual. Salah satu
idea lagi ialah menyediakan kedai
online bagi rakan niaga anda ini
dan bahagikan keuntungan yang anda
dapat daripada menjual produk ini
di kedai online anda.

4. Hubungi pengarang buku ataupun
penerbit buku yang anda kenali dan
nyatakan hasrat anda untuk menjual
produk mereka di internet. Anda
boleh cadangkan harga buku mereka
yang bakal anda jual (mungkin pada
harga diskaun) dan juga harga borong
yang anda setuju untuk beli daripada
mereka.

5. Aplikasikan strategi "dropshipping"
di mana anda cuma iklankan produk
di kedai online anda dan selepas
pesanan dan bayaran diterima daripada
pelanggan, anda akan mengarahkan stokis
atau syarikat 'dropshipping" tersebut
untuk menghantar produk kepada
pelanggan anda.

Sekarang bagaimana?

Adakah idea yang saya berikan di
atas dapat membantu anda?

Jika "ya" dan anda sudah bersedia
untuk membina sebuah kedai online
anda, jangan lupa lawati laman blog
saya di bawah kerana saya ada tawaran
menarik untuk anda:

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=I7F8&mc=3&s=ZeLit&y=4&

Anda juga berpeluang untuk mendapat
personal coaching daripada saya
secara PERCUMA dan ini sesuatu yang
belum pernah saya lakukan sebelum ini.

ikhlas,

Zamri Nanyan

No comments:

Post a Comment